Tuesday, December 20, 2011

AKU HANYA TEMAN DUNIA FANTASIMU

Mungkin kamu hanya sahabatku...
Sahabat di dalam suka dan duka…
Sahabat di dalam tawa dan air mata…
Sahabat di alam fantasi dan realiti…

Mungkin kamu hanya rakanku…
Rakan dalam kehidupan…
Rakan dalam kongsian…
Rakan dalam perjuangan…

Mungkin kamu hanya temanku…
Teman untuk berbicara…
Teman untuk berkongsi…
Teman untuk bergembira…

Adakah kamu hanya sahabatku?
Adakah kamu hanya rakanku?
Adakah kamu hanya temanku?
Jika ini persoalannya…
Aku tidak mampu untuk menjawabnya…
Kerna kamu sangat istimewa bagiku…
Hanya kamu yang sentiasa berada di dalam hatiku…
Sebab kamu telah mencuri hatiku…

Mungkin ia hanya mainan perasaanku…
Mungkin ia hanya mainan emosiku…
Tapi…
Aku tidak mampu untuk menipu diriku sendiri…
Aku tidak mampu untuk memendam perasaan ini…
Tatkala kamu di sampingku…
Tatkala kumenatap wajahmu…
Hati ini semakin resah…
Perasaan ini menjadi keliru…
Keliru antara aku dan kamu…

Tapi…
Aku tidak bisa merampas kebahagiaan kamu daripada si dia…
Aku tidak bisa memiliki hati kamu kerna hati kamu telah dimiliki…
Aku tidak bisa merindui kamu seperti mana kamu merinduinya…
Aku tidak bisa menyayangi kamu seperti mana kamu menyayanginya…
Aku tidak bisa mencintai kamu seperti mana kamu mencintainya…
Kerna aku tahu kamu miliknya…
Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan kamu dengan si dia…
Kerna Aku Hanya Teman Dunia Fantasimu…

  

Monday, December 5, 2011

HIDUP INI HANYA UNTUKKU

Aku pernah menyukainya...
Aku pernah merinduinya…
Aku pernah menyayanginya…
Aku pernah mecintainya….
Aku pernah meletaknya di dalam hatiku…

Aku pernah berubah kernanya…
Aku pernah membentuk diriku menjadi setia…
Hanya kernanya…
Aku pernah tinggalkan segalanya yang aku miliki…
Hanya kerna cintanya…
Aku pernah melawan perasaanku…
Hanya kerna menjaga hatinya…
Aku pernah melukakan hatiku…
Agar hatinya tidak terluka…
Deminya…
Aku menjadi sebahagian dari hidupnya…

Akhirnya…
Aku dikecewakan…
Aku dipermainkan…
Aku ditinggalkan…
Pengorbanan aku hanya sia-sia…
Kini aku kehilangan segalanya…
Hanya kerna cintanya yang kupegang…
Hanya kerna janjinya yang kugenggam…

Yang manis di mata…
Yang pahit di hati…
Sengalanya telah berakhir…
Meninggalkan kesan yang mendalam…
Wajah ini mampu tersenyum…
Tapi di hati ini tidak mampu untuk berbicara…
Perasaan ini terluka dicucuk sembilu…
Jiwa ini resah seribu penyesalan…

Tapi…
Aku berterima kasih atas segalanya…
Atas kesempatan yang telah diberikan…
Sekurang-sekurangnya aku ada kenangan manis bersamanya…
Walaupun hanya seketika…
Tapi ia amat bermakna…
Kini tiba masa untuk aku bersendirian…
Hanya untuk diri ini…
Bersama diri ini…
Kerna Hidup Ini Hanya Untukku…




Tuesday, September 27, 2011

PENANTIAN DEMI JANJI SETIA

Tatkala pagi yang ceria melebarkan tirainya…
 Fikiranku masih dibuai mimpi yang indah…
Suatu saat dalam tidurku…
Membawa aku ke alam fantasi…
Satu dunia yang berbeza...
Menemukan aku dengan si dia…
Bidadari yang kesepian tanpa cahaya…
Hadirnya aku sebagai penyelamat…
Menyelamatkan tubuh yang mungkin akan kehilangan nyawa…
Butiran manik jernih mula membasahi pipinya…
Tatkala membicarakan soal cinta…
Aku cuba untuk membawa cahaya ke dalam hidupnya…
Agar si dia akan kembali ceria…

Detik demi detik berlalu pantas…
Seindah kata…
Secantik bahasa..
Membuatkan aku lena melayan cintanya…
Senyumannya…
Tawa riangnya…
Matanya…
Jelingan manjanya…
Menawan kalbuku…
Kebahagiaan yang sukar untuk kuungkapkan dengan kata-kata…
Si dialah bidadari hidupku…
Bidadari yang telah mengajar aku erti kehidupan…
Erti cinta…
Erti kasih sayang…
Erti setia…

Tapi dalam sekelip mata ia hilang…
Ia hilang dari pandangan…
Ia hilang dari sudut fikiran…
Kehilangan yang penuh tanda tanya..,
Pemergiaannya tanpa bicara…
Meninggalkan pelbagai persoalan…
Kenapa ini harus terjadi?
Adakah ini semua salahku?
Atau tutur bicaraku?
Persoalan demi persoalan…
Tanda tanya yang menyeksakan…
Aku terseksa mencari jawapannya…
Kepastian yang aku nantikan…
Terseksa dalam masa…
Menghitung detik berlalu…
Membuatkan aku makin terseksa…
Harapan demi harapan…
Penantian demi penantian…
Adakah penantian ini hanya sia-sia?
Itu yang sentiasa bermain di fikiranku..
Tapi aku sudah berjanji...
Tidak akan meninggalkannya begitu saja…
Kepastian akan menentukan segalanya…
Menanti dan terus menanti…
Kerna ia Penantian Demi Janji Setia…


Sunday, May 8, 2011

HANYA DEMI KEBAHAGIAAN UNTUK SI DIA

Harapan…
Impian…
Cita-cita…
Itulah matlamat hidupku…
Dalam suka ada duka…
Dalam gembira ada tangisannya…
Lumrah kehidupan…
Dalam cinta perlukan pergorbanan…
Pergorbanan cinta sejati…

Ini ceritaku..
Ini cintaku…
Indahnya cinta sukar untuk diunggapkan dengan kata-kata…
Kebahagiaan…
Kegembiraan...
Kadangkala ia hanya mainan perasaan…

Pengorbanan demi pengorbanan...
Yang telah aku lakukan untuk si dia…
Hanya kerna cinta…
Tapi pengorbanan cinta…
Ia pengorbanan terakhirku untuk si dia…
Aku rela melepaskannya…
Walaupun hati ini perit menahan kesakitannya…
Tangisan kekecewaan ini hanya untuk hatiku yang duka…
Tapi butiran manik jernih yang mengalir di pipi adalah air mata kegembiraanku…
Gembira melihat orang yang paling aku sayang bahagia….
Walaupun kebahagiaannya bukan bersamaku…
Sekurang-kurangnya si dia bahagia dalam hidupnya…
Bahagia bersama orang yang lebih menanyayanginya…
Bahagia bersama orang yang lebih mencintainya…
Bahagia bersama orang yang lebih memahami dirinya...

Aku sedar aku tidak layak untuk dicintai…
Aku sedar aku tidak layak untuk memiliki hatinya…
Aku sedar atas kelemahan diriku…
Harapan tinggal harapan…
Impian hanya impian…
Semuanya telah berakhir…
Terkubur bersama mimpi…
Segalanya hanya tinggal kenangan…
Kenangan yang terindah dalam hidupku…

Aku bersyukur…
Kerna diberi kesempatan untuk mencintainy...
Walaupun ia hanya seketika…
Tapi ia amat bermakna…
Terima kasih atas segalanya...
Walaupun hatinya telah dimiliki…
Aku terimanya tabah…
Kerna ia ketentuan yang aku terima….
Aku rela berkorban…
Hanya demi kebahagiaan untuk si dia…


Monday, April 25, 2011

BUKAN ALAM FANTASI TAPI REALITI

Dia yang terbaik…
Dia juga bintang di langit…
Indah dengan cahaya…
Cantik dengan kelipan…
Jangan dipaksa untuk dicintai tapi harap si dia dapat mencintai...
Bukan mudah untuk memiliki hati si dia jika hati si dia telah dimiliki...
Biarpun kita sudah berubah menjadi yang terbaik dari yang terbaik…
Kadangkala ia hanya sia-sia...
Ibarat mencurah air di daun keladi...
Walaupun harapan tinggi mengunung…
Kadangkala ia hanya sia-sia...
Ibarat mengharap bintang jatuh ke riba...
Pengorbanan demi pengorbanan…
Kadangkala ia hanya sia-sia...
Ibarat menyusukan anak kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan...

Jangan dipaksa pada yang tak sudi…
Kita hanya insan biasa…
Serba kekurangan...
Jangan berharap dapat mengapai bintang dilangit jika diri ini hanya semut yang kecil…

Harapan tinggal harapan…
Impian hanya impian…
Menggenggam bara hingga menjadi abu…
Tangan terluka dapat dilihat tapi hati yang terluka siapa yang tahu...
Tak guna kita membenci…
Semakin lama dipendam ia akan memakan diri sendiri…
Ibarat menyimpan pisang di dalam saku semakin lama disimpan ia semakin busuk…

Terima saja apa yang berlaku…
Jadikan ia sebagai kenangan terindah…
Hadapinya dengan tenang…
Rempuhinya dengan tabah…
Kita sering mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita…
Kadangkala ia hanya indah khabar dari rupa…
Ibarat mengharap panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari…

Lumrah dunia...
Gembira tidak semestinya bahagia…
Duka tidak semestinya derita…
Dunia ibarat roda…
Kadangkala ia di atas…
Kadangkala ia di bawah…

Sentiasa berfikiran positif…
Agar hidup lebih kreatif…
Bukan motivasi tapi situasi…
Bukan alam fantasi tapi realiti…

Thursday, April 7, 2011

KETENTUAN YANG AKU TERIMA

Senyumannya membuatkan jiwa ini tenang…
Tawa riangnya membuatkan perasaan ini gembira…
Jelingan manjanya membuatkan hati ini bahagia…
Tapi…
Kehilangannya membuatkan jiwa ini resah…
Pemergiannya membuatkan perasaan ini hampa…
Perpisahannya membuatkan hati ini kecewa…
Harapan tinggal harapan…
Impian hanya impian…
Semuanya telah terkubur begitu saja…
Aku akhirnya tewas…
Aku tak mampu untuk memiliki hatinya…
Kerna hatinya telah dimiliki…
Masa berlalu begitu pantas…
Sehingga tiada kesempatan…
Untuk hati ini berbicara...
Maafkan aku atas tutur bicaraku…
Maafkan aku atas kesikapanku…
Maafkan aku atas perasaanku…
Maafkan aku atas kekuranganku…
Maafkan aku dengan apa yang berlaku…
Kerna ini semua disebabkanku…
Akulah puncanya...

Setiap detik aku mengharapkan kebahagiaan…
Tapi ia hanya penderitaan…
Setiap saat aku mengharapkan kegembiraan…
Tapi ia hanya kekecewaan…

Aku sedar…
Atas segala kekurangan pada diriku…
Aku sedar…
Aku sememangnya tidak layak untuk dicintai…
Kerna keistimewaan yang tiada padaku…
Si dia mungkin yang terbaik untuk dirimu…
Si dia mungkin lebih menyayangi dikau dari ku…
Si dia mungkin layak memiliki hatimu…
Kerna si dia sangat istimewa untukmu…
Aku doakan bahagiaan untuk kalian…
Aku harapankan kegembiraan untuk kalian…
Biar hidup ini menderita…
Jika itu akan membuatkan dikau tenang…
 Biar hati ini terluka…
Jika itu akan membuatkan dikau gembira…
Biar diri ini terseksa…
Jika itu akan membuatkan dikau bahagia…
Aku rela menerimanya…
Aku sanggup menempuhinya…
Kerna ia ketentuan yang aku terima…

Monday, March 28, 2011

PENGORBANAN CINTAKU UNTUK SI DIA


Kehadirannya telah mewarnai hidupku…
Cahaya yang hadir telah menerangi perjalananku…
Tawa riangnya….
Senyumannya…
Jelingan manjanya…
Sentiasa membuatkan aku tersenyum…
Tatkala kebahagiaan hadir tanpa aku sedari…

Tapi ia hanya seketika…
 Semua kebahagiaan itu berakhir dengan begitu pantas…
Aku tiada kesempatan untuk mempertahankan semua ini…
Akhirnya impianku hanya tinggal kenangan…
Harapanku terkubur tatkala hati ini masih terluka…

Walaupun ia hanya seketika…
Kenangan bersamanya sukar untuk aku padamkan dalam ingatanku…
Setiap detik yang berlalu…
Dia sentiasa dalam fikiranku…
Menjadi teman hatiku yang duka…
Walaupun perasaan ini hampa…
Tapi jiwa ini tenang menghadapinya…
Dalam ketenangan ini…
Akhirnya butiran manik jernih membasahi pipiku…
Tatkala pepisahan ini aku hadapinya dengan tabah…
Walaupun kehilangan orang aku sayang…
Walaupun kehilangan inspirasiku…
Aku terimanya dengan rela…
Walaupun hati ini merasa keperitannya…

Kesal dengan apa yang berlaku…
Terkilan dengan apa yang terjadi…
Sememangnya ini berpunca daripadaku…
Sikapku...
Tutur bicaraku…
Barulah aku sedar…
Aku sememangnya tak layak untuk dicintai…
Kerna aku tak mampu memahami si dia...
Sememangnya hidupku sentiasa dibasahi dengan tangisan…
Kebahagiaan datang dan pergi dengan begitu pantas…
Aku hanya mampu membiarkan ia pergi…
Kerna ia akan membuatkan dia bahagia…
Walaupun hati ini kecewa….
Walaupun jiwa ini terluka…
Walaupun perasaan ini menderita…
Walaupun hidup ini terseksa…
Aku terimanya dengan tabah…
Kerna ini pengorbanan cintaku untuk si dia…






Monday, March 14, 2011

BIDADARI HIDUPKU

Tatkala hujan mulai membasahi Bumi...
Butiran manik jernih mulai berlinangan dan membasahi pipiku...
 Tatkala senja yang tenang..
Mataku setia menanti penghujungnya..
Tatkala malam yang sunyi…
Jiwaku semakin sepi..

Setiap detik yang berlalu…
Ia hanya memori…
Walaupun ia singkat…
Tapi ia amat bermakna…
Kenanganku bersamanya…
Menjadi kenangan yang abadi…
Menjadi kenangan yang terindah dalamku…
Ini ceritaku...
Ini diariku…
Ini cintaku…
Seringkali aku cuba untuk mengatakan cinta…
Tapi ia hanya sia-sia…
Seringkali aku cuba untuk memiliki hatinya…
Tapi ia hanya bertepuk sebelah tangan…
Ingin sekali aku merasakan kebahagiaan…
Tapi ia hanya penderitaan…
Ingin sekali aku merasakan kegembiraan..
Tapi ia hanya kesedihan…

Dalam jiwa yang kosong….
Dalam kehidupan yang gelap…
Ia hadir dengan cahaya….
Memberi aku sinaran baru…
Kehidupanku kini bercahaya…
Sememangnya ia umpama bidadari…
Yang turun bersama hujan…
Dan pergi meninggalkan pelangi yang indah…

Siapa sangka…?
Ia hadir tanpa aku sedari…
Dan ia pergi tanpa aku mengerti…
Ia sentiasa bermain di fikiranku…
Ia sentiasa hadir dalam mimpiku…
Tapi ia pergi meninggalkanku tanpa bicara…
Sebelum sempat aku mengerti erti cinta…

Sememangnya ia membuat aku resah…
Membuat diri ini penuh dengan tanda tanya…
Perasaan terkilan mula menguasai diri…
Sehingga kini…
Aku tertanya-tanya…
Kemana hilangnya bidadari hidupku …



Wednesday, February 16, 2011

KELIRU

Air yang tenang mengalir.
Membuat aku terfikir sejenak.
Untuk  aku menilai diriku.
Tatkala hujan membasahi bumi.
Air mataku mulai berlinangan. 
Butiran manik jernih mula mengalir di pipiku. 
Kecewa dengan apa yang terjadi. 
Membuat diri ini penuh dengan tanda tanya.
Aku menjadi keliru. 
Keliru untuk membezakan permata atau kaca.
Kadangkala aku leka dengan keindahan permata.
Tanpa memikirkan nilai butiran kaca.
Walaupun ia tidak bernilai.
Tapi ia amat berharga.

Ingin sekali aku mengubah masa.
Untuk mengembalikan kebahagiaan kita.
Tapi ia hanya akan membuat aku terseksa.
Walaupun hati gembira.
Tapi jiwaku mungkin terseksa. 
Aku masih keliru dengan pilihanku.
Permata atau kaca?
Adakah kaca lebih bernilai dari permata?
Kenapa keindahan permata membuat aku derita?
Tetapi kaca membuat aku bahagia.
Sedangkan permata lebih bernilai.
Akhirnya aku sedar.
Mungkin inilah kehidupanku.
Aku sememangnya tidak layak untuk memiliki permata.
Kerna aku hanya insan biasa.
Yang hanya layak memiliki kaca sebagai hiasan.
Kadangkala kaca dapat melukakanku.
Tapi ia tidak melukakan hatiku.
Aku akur dengan kekeliruan ini.....

Thursday, February 10, 2011

MAINAN PERASAAN SEORANG PENULIS

Tatkala pagi yang indah.
Aku hampa.
Tatkala senja yang tenang.
Aku resah.
Tatkala malam yang sepi.
Aku kaku membisu.
Tatkala hujan yang dingin.
Aku menangis.

Sememangnya hidup ini penuh dengan kekecewaan.
Tapi aku terimanya.
Biarlah aku menangis.
Jika itu membuatkan dikau gembira.
Biarlah diri ini terseksa.
Jika itu membuatkan dikau bahagia.
Biarlah hati ini terluka.
Jika itu membuatkan dikau ceria.

Ingin sekali aku merasakan kabahagiaan.
Tapi ia hanya duka.
Ingin sekali aku merasakan cinta
Tapi ia hanya sia-sia.
Mengharap kasih pada sesiapa yang bersimpati.
Tapi ia hanya bertepuk sebelah tangan.
Hati ini menjadi korban.
Jiwa ini terluka tatkala perasaan hampa.

Aku sedar.
Aku sememangnya tak layak untuk dicintai.
Kerna kata-kataku hanya tin kosong.
Tiada siapa yang mempercayainya.
Hidupku bagai debu yang beterbangan.
Dibawa angin tanpa arah tuju.
Mengikut waktu yang sentiasa berputar.
Butiran manik jernih ini.
Hanyalah tangisan hatiku yang luka.
Tiada siapa yang mengerti.
Kerna ia hanya mainan perasaan seorang penulis.