Wednesday, February 22, 2012

HILANGNYA BIDADARIKU

Cinta hadir tanpa aku sedari…
Ia hadir dengan cahaya…
Cahaya yang indah dan tenang…
Yang telah menerangi hidupku…
Yang telah mewarni duniaku…
Si dialah bidadari hidupku…
Senyumannya membuatkan jiwa ini tenang…
Tawa riangnya membuatkan perasaan ini gembira…
Jelingan manjanya membuatkan hati ini bahagia…

Dunia ini ibarat alam fantasi…
Terbang bebas di udara…
 Berdua di langit biru…
Tiada siapa yang mengganggu…
Hanya aku dan kamu…

Kini…
Ia hilang…
Hilang dari pandangan mata…
Hilang dari hidupku…
Hilang dari pelukan cintaku…
Aku kehilangan segalanya…
Tatkala pagi yang ceria…
Aku resah tanpa cahaya…
Aku gelisah tanpa mentari…
Kehilangannya membuatkan jiwa ini resah…
Pemergiaannya membuatkan perasaan ini hampa…
Perpisahannya membuatkan hati ini kecewa…
Tatkala dunia berlalu pantas…
Aku dikejar masa yang sentiasa berputar…
Membuatkan aku mudah tersasar…
Mungkin aku sudah terlewat…
Mungkin tiada harapan bagiku…
Untuk mengembalikan fantasi yang telah lenyap…
Lenyap dibawa masa…
Pudar ditutupi waktu…

Maafkan aku atas sikapku…
Maafkan aku atas tutur bicaraku…
Maafkan aku atas perasaanku…
Maafkan aku atas kekuranganku…
Aku hanya insan biasa…
Yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…
Aku telah musnahkan dunia fantasiku…
Sehingga tiada ruang kemaafan untukku…
Aku hilang cahaya…
Aku punca…
Kerna Hilangnya Bidadariku…


Friday, February 17, 2012

AKU HANYA PELANGI SELEPAS HUJAN

Dunia menangis…
Semua dapat melihatnya…
Anak menangis…
Si ibu berlari mengapainya…
Gadis menangis….
Si pria mengesat air matanya…
Dalam tangisan tersirat seribu duka…
Duka yang sukar untuk diluahan dengan kata-kata…
Tetapi setiap air mata yang berlinangan…
Pasti akan terhenti…
Dan bisa menjadi penawarnya…

Ketika duniamu di dalam kegelapan…
Aku cuba bawakan dikau cahaya…
Agar kamu bisa melihat dunia ini kembali…
Ketika hatimu dalam duka…
Aku cuba bawakan dikau kegembiraan….
Agar kamu bisa ketawa riang dalam keindahan dunia…
Ketika kamu dalam kesunyian…
Aku cuba bawakan dikau puisi cinta…
Agar kamu bisa terhibur dengan emosinya…
Semua yang aku lakukan…
Hanya ingin melihat dikau bahagia…
Walaupun ia kecil di matamu…
Tapi aku sudah lakukannya dengan sebaik mungkin…

Disaat kita bersama…
Aku gembira…
Dan aku harapkan dikau turut gembira…
Disaat kita mengapai bintang di langit…
Aku bahagia…
Dan aku harapkan dikau turut bahagia…
Detik indah bersamamu…
Menjadi saat yang manis dalam hidupku…
Tapi...
Kini ia hanya tinggal kenangan….
Kenangan yang telah bersemadi dalam diari hidupku…
Terima kasih atas segalanya…
Terima kasih atas kesempatan yang dikau berikan…
Walaupun ia hanya seketika…
Tapi ia bermakna dalam hidupku…

Hadirnya aku…
Bila dikau perlukan aku…
Hadirnya aku…
Bila dikau merindui aku…
Perginya aku…
Bila aku tidak diperlukan lagi…
Hilangnya aku…
Bila cahaya sudah menyinari duniamu…
Kerna Aku Hanya Pelangi Selepas Hujan…