Monday, November 15, 2010

WARKAH TERAKHIR UNTUK SI DIA

Cinta ini cinta ku…
Cinta yang hanya menjadi ingatan…
Cinta dari hati yang sunyi…
Cinta dari insan yang mengharap kasih si dia..
Tetapi tidak kesampaian…

Hanya hati sahaja yang mampu mendengar rintihanku ini…
Kerana mulut ini tidak mampu untuk berkata-kata…
Tidak mampu untuk bersuara…
Aku ini mungkin tidak sempurna…

Tetapi…
Aku mempunyai perasaan yang ingin dikongsikan dengan si dia…
Walaupun si dia tidak mampu mendengar apa yang ingin kukatakan…
Kuharap si dia mengerti…

Aku bukannya menagih simpati…
Tetapi harap dapat disayangi…
Walaupun hanya sekadar menjadi teman untuk berbual…
Itu sudah membuat aku menanggis riang…
Tetapi…
Semuanya telah berahkir…
Aku pergi sebelum sempat si dia mengerti apa yang ingin kukatakan…

Walaupun ia hanya sementara…
Tetapi bagiku ia amat bermakna…
Cintaku hanya mampu kupendam…
Hingga akhir hayatku…
Cintaku hanya sebagai kenangan yang terindah….
Ketika aku masih dapat menikmati keindahan dunia…

Kini…
Aku sudah kaku membisu….
Tiada apa yang mampu dilakukan…
Kerana aku sudah tiada…
Hanya luahanku menjadi warkah terakhir untuk si dia…