Tuesday, October 30, 2007

SUARA HATIKU BUAT KALI TERAKHIR

SEMALAM bagaikan mimpi dukaku, entah mengapa aku lemah ketika berperang di medan cinta. Aku sangat kecewa dengan diriku sendiri kerana tidak dapat melupakan Noni. Jiwaku sangat sengsara entah bagaimana untuk aku melupakan semua ini.
      Ketika pulang ke sekolah, aku duduk di sebelah Zia sebab aku dengan dia adalah sahabat baik dan yang paling rapat, kami sering berkongsi pendapat dan jika ada masalah kami selesaikan bersama. Hari ini jiwaku tidak tenteram walaupun Zia berada di sisiku menemaniku tetapi aku mengambil keputusan untuk menelan panadol yang berlebihan agar fikiranku melayang dan jiwaku tenang kerana dapat melupakan seketika kekecewaanku. Aku mengambil pil khayal dan berniat untuk menelannya.
      “Daus, jangan kau ambil benda bodoh tu, nanti hati kau boleh rosak.” Zia cuba menghalang.
      “Memang hati aku dah hancur kerana derita semalam.” Aku menjawab dengan nada yang agak tinggi.
      “Bukan ini caranya untuk kau tenangkan jiwa kau.” Zia memujukku.
      “Apa yang boleh aku buat?”
      “Bukan dia seorang saja yang ada dekat bumi ni, ramai lagi.”
      “Aku tak dapat melupakannya.”Suaraku yang tenang.
      “Aku faham perasaan kau, aku tak sangka dangan kau Daus, kau dah banyak berubah, kau bukan macam Firdaus yang aku kenal dulu.”
      “Hatiku sangat kecewa.”
      “Daus aku sayang kau.”
      “Aku tak perlu sesiapa lagi untuk mengubati dukaku, tapi aku memang sayangkan kau.”
      “Daus kalau betul kau sayang aku, aku nak kau buang benda tu.”Tegas Zia.
      Hatiku mula berbelah bagi, sama ada aku buang atau telan. Tapi aku sayang Zia, pil yang masih ada dalam genggamanku, aku hempasnya ke lantai dengan sekuat hati.
      “Zia, aku sayang kau.”
      Tanpa kami sedari, kami telah sampai ke perhentian bas, aku dengan Zia turun dari bas itu tanpa bersuara walaupun kami berjalan pulang bersama, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut kami, cuma ketika kami berpecah pulang ke rumah masing-masing Zia sempat bersuara… “Bye Daus.”
      “Bye.” Aku tersentak.
      Keesokan harinya ketika pergi ke sekolah Zia masih disisiku, alangkah bahagianya kurasa sehingga aku dapat melupakan Noni sejenak. Hatiku meluahkan perasaannya….
Matamu dan renunganmu,
Menawan kalbuku.
Bibirmu dan senyumanmu,
Oh, jelingan manjamu.
Bilakah akan bertemu,
Berdua di langit biru,
Bersama mencapai kebahagiaan.
      Terlintas di hatiku jikalau Zia dapat menggantikan tempat Noni mungkin kekecewaanku yang aku tanggung selama ini akan terubat.
      Di dalam perjalanan pulang ke Taman Desa.
      Ketika di dalam bas, Zia duduk keseorangan, pada mulanya aku ingin menemaninya tetapi hasratku tidak kesampaian apabila Irfan pantas menyambar peluang itu. Tawa riang mereka membuat hatiku berduka, membuat perasaanku sengsara, membuat jiwaku membara. Aku tahan, aku masih dapat menahankannya, kesabaran yang membakar di jiwaku.
      Setibanya kami di perhentian bas, kami turun seperti biasa walaupun riuh-rendah tetapi keadaannya masih tenang. Selalunya aku yang paling banyak suara tetapi hari ini aku diam seribu kata, berjalan ke rumah tanpa bicara. Sesekali jelingan mata hitamku memandang seketika kemesraan di antara Zia dengan Irfan. Suara halus mula menemani aku sepanjang perjalanan pulang ke rumah… “Sial kau Irfan, kau telah menjadi musuhku, aku berdendam dengan kau, dendam aku boleh membawa kematiaan.”Suara halus kejahatan. “Jangan Daus, mungkin Zia dah terima lamaran Irfan. Ingatlah nama Firdaus, janganlah engkau cemarkan nama suci itu kerana cinta….”
      Setibanya aku di rumah tanpa banyak berbicara hanya memberi salam, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku pergi membersihkan diriku dan terus duduk bersila di atas katil. Di bilikku, aku ingin mencari ketenangan, fikiranku agak bercelaru. Aku ingin mencari jalan penyelesaian agar jiwaku dapat hidup dengan tenang. Suara hati mula berbicara…..
      “Ya Allah, apa yang harus aku buat?”
      “Kenapa perasaanku bergelora sebegini rupa?”
      “Kenapa aku harus marah Irfan sedangkan aku dengan Zia tiada hubungan istimewa hanya teman saja?”
      “Kenapa aku cemburu jika dia bermesra dengan lelaki lain.”
      “Adakah aku telah jatuh hati kepadanya?”
      “Mungkin luahan hatiku kepadanya dapat menyelesaian masalah ini.”
      “Lebih baik aku mengundurkan diri kerana kesabaran aku akan tergugat dibuat oleh Irfan.”
      “Baik aku lupakan terus orang bernama Zia di dalam hatiku agar aku tidak akan kali kedua.”
      “Tetapi sukar untuk aku hindarkan gadis itu di dalam hatiku kerana memiliki cinta Zia memang impianku selama ini.”
      Seharian aku tidak keluar dari bilik, malam itu aku tidur bertemankan perasaanku yang bergelora di lautan.
      Hari sudah menjelang pagi setelah aku bersiap, aku terus pergi ke perhentian bas. Setibanya aku di sana, Zia menghampiriku. Aku tidak sanggup berhadapan dengannya, hatiku sangat kecewa kerana keyakinanku yakin Irfan pasti duduk bersama Zia. Mereka bermesra membuat hatiku merana menahan perasaan duka. Aku terus berlalu pergi meninggalkannya tanpa bicara. Aku berjalan menuju ke perhentian bas lain yang tidak jauh dari situ.
      Ketika berada di dalam bas, sangkaan aku tepat, Irfan bersama Zia bermesra membuat hatiku rebah dihempap duka.
      Di sekolah aku belajar seperti biasa cuma hatiku membara bagai pahlawan di medan perang. Aku cuba menenangkan hatiku tetapi aku tidak berdaya, aku cuma berdiam diri sahaja. Sewaktu rehat aku terserempak dengan Zia, dia menahan perjalananku untuk mencari sebab aku berperangai sedemikian tetapi aku berpaling berlalu pergi meninggalkannya.
      Sewaktu pulang ke sekolah, di dalam bas, kesabaran aku diuji lagi tetapi aku menenangkan hatiku agar aku tidak melakukan perkara luar dari batasan kemanusiaan. Setibanya di perhentian bas hatiku semakin tidak tenteram. Aku membuat keputusan untuk meluahkan segala yang terbuku dihati. Aku terus bergegas pulang ke rumah lalu mencapai telefon bimbitku untuk menghantar SMS kepadanya….
      Asalamualaikum Zia.. Maafkan I.. I bukannya nak marah you.. tapi.. sukar untukku berbicara… selama ini I anggap you hanya besfriend… You hadir dalam hidup I dan you menceriakan hidup I sehingga I dapat melupakan segala zaman silam I yang penuh dengan kekecewaan… Pernah terlintas di hatiku mungkinkah dikau dapat menggantikan tempat Noni.. Sememangnya kuingin memiliki cintamu.. Tapi tidak mengapa… Biarlah ku mengundur diri… Irfan mungkin lebih layak memilikimu.. Biarlah ku bersendirian di sini bertemankan perasaanku yang penuh dengan kekecewaan… Dengan bisikan jiwaku yang keluar dari dalam hatiku.. Ingin kukatakan.. Ku sangat menyayangimu dan ku sangat mencintaimu… Bye Sayang..
      Sememang sukar untuk aku membuat keputusan itu. Tetapi aku tak sanggup menahan kesengsaranya sehingga aku menitiskan air mata kerana mengenangkan Zia dan keputusanku.
      Keesokan harinya, aku bersekolah seperti biasa. Tetapi kali ini aku membawa telefon bimbitku. Ketika pergi ke sekolah aku dengan Zia duduk di dalam bas keseorangan, hari ini Irfan tidak hadir ke sekolah. Memang terlitas di hatiku untuk duduk di sebelah Zia, menemaninya. Tetapi aku telah membuat keputusan untuk melupakannya.
      Ketika pulang ke sekolah pula, Zia menpelawa aku duduk disebelahnya tetapi aku menolak. Aku bersendirian sambil mendengar MP3 di dalam telefon bimbitku, aku menghayati lagu-lagu yang telah di program di dalam MP3 itu. Aku teringat akan Zia, aku mengenangkan hubungan persahabatan baik kami yang telah hampir 3 tahun terjalin. Butir-butir manik jernih mula bertakung di kelopak mataku, semakin dalam aku menghayati lagu-lagu diputarkan, air mataku semakin banyak bertakung sehingga ia mengalir di pipiku.
      Setibanya di perhentian bas, aku turun dari bas dan terus berjalan pulang ke rumah. Setibanya di rumah, aku terus membersihkan diriku dan terus membuka jurnalku lalu berkarya mengikut perasaanku. Beberapa minit kemudian telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada SMS yang datang. Aku terus membacanya…
      Asalamualaikum Daus.. Aku ni Zia.. Kenapa kau macam mengelakkan diri dari aku.. apa salah aku? Aku tak marah pun dekat kau sebab aku mempunyai perasaan yang sama terhadap kau.. Aku anggap Irfan tak lebih dari kawan.. Tolong jangan buat aku macam ni..
      Mesej itu membuat aku tersentak.. “apa yang telah aku buat.”Suara kecilku.
      Keesokan harinya aku bertemu dengan Zia untuk meminta maaf atas apa yang telah  kulakukan. Aku gembira kerana dia sudi memaafkanku dan menerima cintaku.
      Mulai hari itu hubungan kami semakin rapat seperti sepasang kekasih tetapi kami masih ingat batas-batas pergaulan. Setiap kali kami pergi dan pulang ke sekolah, kami sentiasa bersama alangkah bahagianya kurasa ketika dia disisiku.
      Hari ini agak dingin. Ketika pergi ke sekolah Zia disisiku, aku menyarungkan jaketku ke tubuhnya agar dia tidak berasa kedinginan walaupun tubuhku hampir menggigil tetapi senyumannya membuat tubuhku berasa hangat, hangat dengan kasih sayang seorang insan yang bernama Zia.
      Ketika pulang ke sekolah. Aku berjalan menaiki tangga bas, tiba-tiba aku terkejut melihat tempatku di sisi Zia telah diambil oleh Irfan. Hatiku mula tidak tenteram tetapi aku terfikir dengan apa cara sekali pun kau menawan hati Zia, Zia tetap milikku, aku mengharapkan kesetiaan dan kejujuran Zia terhadapku. Dalam keadaan yang dingin tiba-tiba dada aku berasa sakit. Aku menahannya, suara hatiku mula bersuara, “jika Zia ada disisiku, senyumannya mungkin dapat meredakan kesakitanku sebelum aku tiba di rumah.
      Setibanya di perhentian bas. Kami semua turun dari bas. Zia menegurku, aku cuma dapat mengangkat keningku tanda aku menyahut sapaannya kerana aku sedang menahan kesakitan, aku terus bergegas berjalan tenang pulang ke rumah. Setibanya aku di rumah aku terus membuka kasut dan mengapai ubat tahan sakit lalu menelan 2 biji pil ubat itu dan terus terlentang di atas katil, lalu tidak sedarkan diri.
      Loceng jamku berbunyi membuat aku tersedar dari pengsanku. Aku terus bersiap lalu pergi ke perhentian bas. Tidak sampai beberapa minit bas pun tiba. Aku duduk bersendirian, tiba-tiba Zia duduk bersamaku kembali disisiku. Tetapi sepanjang perjalanan ke sekolah aku diam seribu kata. Ketika pulang dari sekolah Zia masih disisiku tetapi aku tetap membisu. Setibanya di perhentian bas, Zia menahan perjalananku..
      “Maafkan I Daus pasal semalam.. I bukannya nak buat you cemburu atau marah tetapi I tak boleh nak buat apa-apa, Irfan terus datang duduk disebelah I.
      “Tidak mengapa.. I faham.. I tidak mahu mengongkong you, itu hak you. I cuma harapkan kejujuran dan kesetiaan you terhadap I.
      “Terima kasih Daus. Youlah yang I sayang.”
      “Zia I juga sayangkan you.”
      “Bye Daus.”
      “Bye….”
      Kami berpecah pulang ke rumah masing-masing. Jiwaku tenang mengharapkan kejujuran dan kesetiaan Zia.”
      Hari ini, hari Sabtu, hari cuti sekolah, aku mengajak Zia berjalan di bandar, aku membawanya menonton wayang, berjalan di pusat membeli-belah. Sememangnya aku berasa sangat bahagia ketika dia berada disampingku, aku telah membahagiakanku membuat kasih sayangku kepadanya sangat mendalam. Kegembiraanku tidak dapat kugambar dengan kata-kata, betullah orang kata “kekecewaan bukan bererti kita terus kecewa, mungkin kebahagiaan hadir lebih  baik dari sebelumnya. Tetapi kegembiraan ini hanya seketika, Zia akan berpindah ke Kuala Lumpur, aku masih di sini, untuk setahun lagi. Bagiku setahun bagaikan sepuluh tahun lamanya, aku kehilangan orang yang paling kusayang di dalam dunia ini melainkan keluargaku. Dialah insan yang telah membuat hatiku rebah di ambang cinta. Dialah insan yang telah menjadi bunga yang cantik, yang tumbuh di taman hatiku
      Sebulan telah berlalu, hubungan kami semakin hari semakin rapat, cintaku kepadanya semakin hari semakin mendalam sehingga hatiku tidak mahu melepaskannya. Tetapi kemesraan kami masih ada batasnya. Hari ini hari terakhir dia berada di sini, hatiku sangat sedih akan kehilangannya.
      Petang itu aku bertemu dengan Zia di taman buat kali terakhir, sememangnya hidupku bagaikan peperangan jiwa di medan cinta yang telah meragut jiwaku. Hidupku sengsara kerana terdapat pelbagai konflik yang muncul semasa aku melafazkan kata cinta kepada Zia. Aku dimarahi oleh Irfan kerana melafazkan cinta kepada kekasihnya sedangkan Zia menganggap Irfan tidak lebih dari kawan.
      Hari inilah untuk aku mengikat janji setiaku, untuk aku meluahkan bicara jiwa yang telah lama kubawa bersama impianku.
      “Zia…”Suara yang pertama keluar dari mulutku, renungan tajamku ke arah mata hitam Zia membuat hatiku berbahagi ribuan perasaan sedih kerana kehilangan orang yang paling aku sayang, kecewa kerana perasaanku lambat diluahkan, marah.. kenapa terlalu awal dia pergi? Perasaan ini semua membuat hatiku hamba sehingga mataku menitiskan butir-bitir manik jernih kesedihan. Tawa riangku selama ini bertukar menjadi dukaku.
      “Daus..” Sahut Zia dengan penuh perasaan.
      “Zia. Inilah pertemuan terakhir untuk kita di sini. Mungkin nanti I akan kesunyian tanpa you di sisi.”
      “Daus, you jangan cakap macam tu. Bagi I perpisahan ini bukannya perpisahan buat selama-lamanya hanya perpisahan seketika.”
      “Itu I tahu, tapi bagi I perpisahan itu adalah perkara yang menyeksakan.”
      “Daus walaupun perkara ini membuat hati you terseksa, I harap you tak ambil benda bodoh tu lagi, kan kita dah janji kalau you betul-betul sayangkan I, you takkan ambil benda bodoh tu lagi.”
      “Itu I tahu, sememangnya I sangat sayang kat you sehingga nafas I yang terakhir. You tengok I sekarang dah tak ambil benda tu lagi disebabkan I sayangkan you.”Tegasku walaupun menahan sebak.
      Zia semalin hampiriku lalu tanganya menggenggam tanganku seperti tidak mahu melepaskanya.
      I pun sayangkan you sebagaimana you sayangkan I. Cuma waktu yang tidak mengizinkan untuk kita bersama. I harus pergi Daus….. Selamat tinggal sayangku…I harap you dapat janji dengan I yang you tidak akan lupakan I.
      “Zia, kesetiaan I akan menemani hidup I di sini. I janji dengan you yang I akan sayangkan you sehingga nafas I yang terakhir. I harap you pun begitu.”
      I janji Daus. I janji.”
      “Zia walaupun kita berjauhan, nama you tetap terpahat di hati I.
      “Betul? You janji.”
      “Zia, SUARA HATIKU BUAT KALI TERAKHIR. Aku sayang padamu.”
      Zia berpaling berlalu pergi meninggalkanku, genggaman tangan kami berdua semakin renggang lalu terlepas begitu saja bersama hatiku yang penuh dengan kekecewaan. Butir-butir manik jernih mengalir di pipi Zia sepanjang perjalanan pulang kerumahnya.


Friday, August 24, 2007

NONIKU INSPIRASIKU

Noni,
Tiada benda yang bernilai di dalam dunia ini hanya cintamu.
Tidak dapat kubandingkan dikau dengan keindahan tasik.
Kerna dikau adalah insane yang paling kusayangi.

Noni,
Aku sangat menyayangimu.
Aku sangat mencintaimu.
Sehingga denyutan nadiku yang terakhir.
Sehingga nafasku yang terakhir.
Selagi nyawa di kandung badan.
Selagi itulah aku menyayangimu.

Noni,
Dikau inspirasiku dan karya-karyaku.
Dikau memberi satu jalan dalam kehidupanku.
Dikau telah mengajar aku erti kehidupan.
Erti kekecewaan.
Erti kesedihan.
Erti kegembiraan.
Walaupun aku menderita, aku berduka, aku tersiksa.
Aku tetap tidak dapat menghindari cintaku kepadamu.

Noni,
Sememangnya, dikau saja bunga yang tumbuh di taman hatiku.
Dikau telah mengindahkan taman hatiku.
Sehingga tidak dapat dibandingkan dengan taman-taman yang ada di dunia ini.

Noni,
Dikau inspirasiku.
Dikau inspirasi kehidupanku.
Dikau inspirasi karyaku.


Saturday, August 18, 2007

CINTA LAVENDER


PAGI ini, adalah pagi yang indah bagi Noni kerana cuti semester telah bermula. Dia bersiap lalu memakai kasut sukan dan keluar untuk menghayati bahari pagi. Dia mula berjogging ke bukit yang tidak jauh dari rumahnya. Sepanjang perjalanan, dia melihat kiri dan kanannya yang indah, tasik yang masih dilitupi embun pagi membuat dia bersyukur dengan keagungan Tuhan yang maha pencipta. Asyik melihat keindahan disekelilingnya sehinggakan kepenatan dalam dirinya tidak berasa. Dia mula menyusuri bukit hingga kepuncaknya. Tibanya di puncak bukit, dia pun berhenti dan memejamkan matanya, dia menyedut udara puncak bukit yang segar, tiba-tiba hidungnya terhidu haruman lavender yang telah merusuk ke jiwanya. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan, kakinya mula bergerak selangkah demi selangkah maju kehadapan sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan ladang lavender. Matanya terpukau melihat lavender dan dirinya bagaikan berada di permaidani ungu yang besar, menutupi hampir keseluruhan bukit. Lavender yang harum itu telah mengindahkan suasana paginya.
      “Kalau dia ambil sedikit waktu untuk menenangkan fikirannya seketika, bolehlah dia menghayati keindahan lavender.” Mainan fikirannya dan melabuhkan punggungnya di permaidani hijau lalu menutup kelopak matanya. Detik demi detik, deruan angin yang tenang melapangkan fikiran Noni. Dia bagaikan diawangan permaidani yang menyelimut bahari dunia.
      Hampir 30 minit dia menghayati ketenangan lavender, dia pun membuka kelopak matanya dan bangun dari permaidani hijau itu lalu bersedia untuk pulang ke rumah. Semasa turun ke bukit dia berasa dirinya bagaikan baru pulang dari kayangan lavender.
      Beberapa minti kemudian, Noni semakin hampir dengan rumahnya. Setibanya di rumah, dia terus mengemas rumahnya tanpa henti, dia menyusun buku-bukunya yang berselerak di sana-sini, dia mencuci longgokkan bajunya.
      Sibuk berkemas, sehingga dia terlupa masa makannya. Jam menunjukkan pukul 2.27 petang, perutnya mula bergendang dan dia terus pergi ke dapur untuk menyediakan makanan, dia membuka peti sejuk tetapi tiada benda yang boleh dimasak, dan terus mencari dan mencari di dapur, tetapi tetap tiada benda yang boleh dimasak, “sibuk belajar sampaikan barangan dapur pun tak ingat nak beli.” Hatinya berbicara. Dia terus mengambil beg duit lalu berbasikal pergi ke kedai makanan yang berhampiran dengan rumahnya. Setibanya di kedai makanan dia terus duduk di meja makan yang bernombor 4, pelayan menghampirinya,
      “adik nak pesan apa?”
      “Bagi saya teh ‘O’ satu, nasi Goreng Ayam satu.”
      “Tu saja?”
      “Ok, tu saja.”
      Pelayan itu berlalu pergi. Beberapa minit kemudian makanan pun dihidangkan di atas meja Noni, Noni terus mengapai sudu dan garpu di hadapan matanya lalu menyuap makanan itu ke dalam mulutnya. Jam menunjukkan pukul 4.26 petang, makanan yang dihidang telah habis dimakannya, dia terus pergi ke kaunter lalu bertanya kepada jurujual itu,
      “berapa semua meja nombor 4?”
      “Semuanya RM 5.80.”
      “Nah, ini duitnya.”
      “Terima kasih nanti datang lagi.”
      “Sama-sama.”
      Noni terus keluar dari kedai makan itu lalu mengambil basikalnya, dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi basikal itu lalu mengayuh basikalnya pulang ke rumah, setibanya dia di rumah, dia terus berjalan menuju ke balkoni rumahnya di tingkat, dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di situ. Dia bersandar di kerusi dengan penuh keselasaan. Angin bertiup dengan tenang membelai rambutnya, matanya mula keletihan akhirnya dia terlena dibuai mimpi permaidani lavender, dia kembali semula melapangkan jiwanya di puncak bukit  itu tetapi ada seorang lelaki yang muncul dan membawa dia turun ke bawah bukit dan pergi bersiar-siar di tasik. Mereka berdua melabuhkan punggung mereka di permaidani hijau di tepi tasik itu lalu memejamkan mata dan menyedut udara segar tasik. 20 minit kemudian Noni membuka matanya, tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelahnya hilang. Noni pun terjaga dari tidurnya, matahari senja melabuhkan tirai siangnya dan membuat Noni berdiri terpaku di balkoni rumahnya melihat sang suria melabuhkan tirai siangnya.
      Beberapa minit kemudian Noni masuk ke dalam rumah. Dia menyambung kerjanya yang belum dihabiskan, dia masih berkemas tetapi benda-benda yang ringan sahaja. Jam menujukkan pukul 8.30 malam dia terus mengambil tuala mandinya lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya, setelah keluar dari bilik mandi dia terus bersiap. Setelah beberapa minit kemudian dia terus mengambil jurnalnya yang berada di atas meja, di dalam bilik tidur rumahnya lalu melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia terus membuka jurnalnya dan menulis apa saja yang terlintas di fikirannya.
      Hari semakin larut malam, matanya mula mengantuk, dia menutup jurnalnya dan meletakkan jurnal itu di dalam laci di tepi katilnya lalu melabuhkan kepalanya di atas bantal dan menyelimutkan dirinya. Tangannya meraba suiz lampu dan menutup lampu biliknya lalu terlelap.
      Hari menjelang pagi, silauan sang suria menyedarkan Noni dari tidurnya. Seperti biasa Noni akan bersiap pergi berjogging ke atas bukit. Setibanya dia di puncak bukit, Noni akan melihat permaidani lavender, tetapi hari ini dia terlihat seorang lelaki yang berada di dalam permaidani lavender itu, Noni menegunya, “hai lelaki lavender.” Lelaki itu melilau mencari suara yang datang ke telinganya lalu memandang ke arah Noni dan menyahut ucapan Noni, “hai,” dan terus menyambung kerjanya.
      Noni melabuhkan punggungnya di permaidani hijau untuk melapangkan fikirannya  dan menenangkan jiwanya. 20 minit kemudian Noni membuka matanya dan terus berdiri  memandang ke permaidani lavender, mata hitam Noni melilau mencari lelaki lavender tadi tetapi tidak di temui. Noni terus berjalan menuruni bukit, setibanya di rumah, dia terus mengapai tuala mandinya lalu masuk ke dalam bilik mandi. Setelah selesai mandi, dia terus bersiap dan mengambil beg duitnya lalu menaiki basikal pergi ke kedai runcit untuk membeli barangan dapur. Setibanya di kedai runcit, tangannya mula mengapai barang-barang yang dikehendakinya dan terus membayarnya. Dia terus keluar dari kedai runcit itu lalu mengambil basikalnya dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi basikal itu. Dia melihat kiri dan kanannya, tiba-tiba mata hitam Noni memandang tajam ke arah lelaki dia hadapan kedai bunga yang tidak jauh dari tempat yang dia berada sekarang. Lelaki itu masuk ke dalam kedai bunga itu, Noni terus turun dari basikalnya lalu berjalan ke arah kedai bunga itu. Setibanya Noni di hadapan kedai bunga itu, dia terus masuk ke dalam kedai itu, dia melihat pelbagai jenis bunga yang terdapat di kedai itu, tetapi yang menarik perhatian Noni ialah kuntum-kuntum lavender yang harum.
      “Yang cik adik, mahu bunga apa?”
      Noni menoleh ke arah suara yang telah menggetarkan gegendang telinganya. Noni tergamam seketika.
      “Oh, lelaki lavender, awak buat apa kat sini?”
      “Ni kedai saya.”
      “Tadi saya nampak awak dekat ladang lavender, awak buat apa kat sana? Ambil
lavender ke?”
      “Ya, ladang lavender tu saya punya.”
      “Oh, ia ke?”
      “Awak suka lavender? Ni saya bagi awak sekuntum.”
      “Terima kasih.”
      “Saya Edy.”
      “Oh, saya Noni, selamat berkenalan.”
      “Selamat berkenalan.”
      “Okeylah Edy, saya nak balik dulu.”
      “Bye.”
      Noni terus keluar dari kedai bunga itu lalu berjalan mengambil basikalnya dan terus melabuhkan punggungnya lalu mengayuh basikal itu pulang ke rumah. Malam menjelang tiba, lavender berdiri teguh di dalam pasu di atas laci yang tersimpan jurnalnya. Dia beradu ditemani haruman lavender yang segar.
      Hari sudah menjelang pagi, Noni terjaga dari tidur lalu membersihkan dirinya. Setelah beberapa minit kemudian, Noni bersiap untuk pergi ke puncak bukit permaidani lavender itu. Dia membuka pintu rumahnya, tiba-tiba mata hitamnya merenung tajam ke arah lavender yang berada di hadapan pintu rumahnya. Dia terus berbasikal pergi ke kedai bunga Edy. Setibanya dia di sana dia terus menemui Edy….
      “Awak ada hantar lavender tak dekat rumah saya?”
      “Takde pun.”
      “Tetapi ada seorang lelaki yang beli lavender awal pagi tadi.”
      “Awak kenal tak siapa dia tu?”
      “Tak kenal tapi dia kata dekat saya dia telah jatuh hati dekat awak.”
      “Tak mengapalah kalau awak tak kenal.” Noni berlalu pergi.
      “cik..  tunggu sekejap.”
      “Ya, ada apa?”
      “Takde apa saje jer, saya cuma nak jumpa awak petang ni dekat puncak bukit lavender, boleh tak?”
      “Boleh apa salahnya.”
      Petang itu, Edy menunggu Noni dengan sabar. Beberapa minit kemudian, mata hitam Edy merenung tajam ke arah Noni yang masih berjalan menghampirinya. Setibanya Noni di puncak bukit itu, Noni bertanya kepada Edy “Ada apa Edy nak jumpa Noni?”
      “Takde saya cuma nak bertanya kepada  Noni, boleh tak kita dapat berkawan?”
      “La.. tu jer ke? Ingat apalah tadi…Setakat berkawan apa salahnya.”
      “Terima kasih Noni.”
      “Sama-sama, Noni harap persahabatan kita akan lebih baik dan kekal selama-lamanya.”
      “Edy pun harap macam tu.”
      “Okeylah Edy, Noni tak boleh lama kat sini sebab rumah tak ada orang jaga.”
      “Boleh Edy temankan?”
      “Boleh apa salahnya.. kita boleh berborak lagi.”
      Mereka berdua berjalan turun ke bukit sambil bercerita kisah masing-masing.. mereka bagaikan sepasang kekasih… setibanya dia hadapan rumah Noni, Noni mengucapkan terima kasih kepada Edy dan Edy menyahutnya sambil tersenyum. Noni juga memberi senyuman kepada Edy dengan senyuman yang manis… Edy pun terus pulang ke rumahnya dengan hati yang gembira.
      Sejak itu hubungan persahabatan mereka semaikn rapat. Dua bulan telah berlalu tanpa disedari, pelbagai cerita indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata yang membuatkan Edy dan Noni berasa bahagia tetapi.. tidak lama lagi Noni akan pulang ke universitinya, tetapi yang bermain dalam fikiran Noni sekarang dia masih tidak tahu siapa jejaka yang sering menghantar lavender kepadanya, petang itu Noni berjumpa dengan Edy, Noni ingin bertanya kepada Edy bagaimana untuk dia mencari siapakah jejaka yang sering menghantar bunga kepadanya, Noni mempunyai satu…
“Noni nak cari siapa yang datang ke rumah Noni dan menghantar bunga itu, pagi besok Noni akan bersembunyi di balkoni yang menghadap pintu pagar rumah. Macam mana Edy nak ikut tak?”
“Memang Edy nak ikut tapi pagi esok Edy nak kena ambil lavender dekat lading, maaflah Edy tak dapat ikut Noni.”
“Takpe, Noni faham kerga sebagai pengurus lading bukannya kerja yang boleh diambil mudah.”
“Terima kasih Noni.”
“Sama-sama. Okeylah Edy, Noni nak balik dulu… Nanti kalau Noni dah dapat tahu siapa orangnya, Noni beritahu Edy. Okey! Bye-bye…
Hari sudah menjelang pagi, Noni sudah bersedia… Dia bersembunyi di balkoni rumahnya… Detik demi detik mata Noni melilau mencari kelibat jejaka yang sering menghantar lavender ke rumahnya. 2 jam telah berlalu, Noni masih menanti tetapi malangnya jejaka misteri itu tidak muncul. Noni terus menghubungi kedai bunga Edy untuk berjumpa dengannya di puncak bukit lavender.
Petang itu, Noni menunggu Edy di puncak bukit kerana jejaka misteri itu tidak menghantar bunga hari ini. Noni menunggu Edy dengan sabar, beberapa minit kemudian Edy datang…
“Hai Noni.”
“Edy! Orang tu tak datang pagi tadi, dia macam tahu jer rancangan kita.”
“Ye ker? Kan Edy dah beritahu Noni semalam lelaki tu sibuk pagi tadi, ambil lavender kat ladang. Nah! Ini lavender untuk hari ini.”
“hah! Edy”
“Ye.”
“Tapi kenapa?”
“Noni, kali pertama kita bertemu, Edy mula jatuh hati dekat Noni. Cuma satu sahaja Edy nak tanya, sudikah Noni jadi teman hidup Edy?”
“Edy!”
“Maaf ya, Edy tahu soalan ini agak terburu-buru dan terlalu lewat diluahkan, tak lama lagi Noni sudah pulang semula ke universiti. Edy tak memaksa, itu terpulang kepada Noni.”
“Edy!” suara halus Noni.
Edy terus berpaling lalu membuka langkahnya dengan perlahan. Noni yang terpaku lalu berbicara. “Edy, Cuma satu Noni pinta, Noni ingin kejujuran dalam satu hubungan, Noni sudi menerimanya.”
Edy menoleh seketika lalu berjalan pulang ke rumahnya. Noni sahaja masih kaku membisu untuk sejenak lalu berjalan ke arah pagar di puncak bukit. Tangannya menggenggam erat pagar itu, matanya memandang tepat senja yang melabuhkan tirai siangnya di permaidani yang indah itu, butir-butir manik jernih mula mengalir di pipinya. Hatinya mula berbicara. “Tentu aku akan merindui segalanya, Edy, lavender dan permaidani yang menemaniku sepanjang cuti semester ini, sememangnya aku tak sanggup kehilangan semua ini.” Noni terus berlari mengejar Edy lalu memanggil Edy….
 “Edy! Edy tunggu Noni.”
Edy tersentap lalu berhenti, Noni berdiri lalu menatap wajah Edy sejenak.
“Edy, Noni sudah buat keputusan, Noni nak terus tinggal di sini.”
“Tapi kenapa? Noni kat masih belajar.”
“Noni tak mahu kehilangan semua yang indah di sini.”
“Noni, Edy nak minta tolong satu jer, tolong jangan sia-siakan hidup Noni hanya kerana semua ini.”
“Tapi Edy..”
“Kalau betul Noni sayangkan Edy, Noni kena pergi… Takpe biasa saja Edy kat sini… Edy nak Noni pergi… Pelajaran itu penting.”
Noni membisu sejenak.
“Baiklah Edy , Noni akan pergi.” Akhirnya Noni tewas jua.
“Terima kasih Edy kerana dapat menghalang anak pakcik.” Suara yang telah mengejutkan mereka berdua lalu menoleh kebelakang.
“Mak! Ayah! Bila sampai?”
“Baru jer sampai, rindu kat Noni lah.” Pak cik Johan menjawab.
“Ayah kamu yang beria sangat nak jumpa kamu, ni siapa?” Mak cik Amy pula bersuara.
“Ni Edy, pemilik ladang lavender di sini.”
“Apa khabar pak cik? Mak cik?” Edy bersalaman dengan kedua orang tua Noni. “Pak cik! Mak cik! Noni! Jemputlah masuk ke dalam.” Edy bersuara lagi.
Edy menghidangkan air teh, kek dan biskut kepada ahli keluarga Noni. “Maaf ya tak apa-apa di rumah.”
“Takpe, ini pun dah cukup.”
“Edy, kamu dapat untung sebulan berapa?”
“Apa ni mak, janganlah tanya macam tu.” Noni mencelah.
“Ish kamu ni.. soalan tu juga yang kamu tanya dulu, kesian budak nak menjawabnya.” Tegur Pak cik Johan.
“Takpelah pak cik, saya tak kisah, saya dapat untung sebulan dalam RM1,000-RM2,000, berjantung pada pemintaan.”
“Edy! Boleh mak cik tanya sikit, itu bilik apa?” Lalu Mak cik Amy menujukan jarinya ke arah bilik yang berada di hujung sekali yang berpintu besi.
“Itu bilik persendirian saya, maafkan saya, sesiapa pun tak dibenarkan masuk.” Jawab Edy.
Tuk! Tuk! Pintu rumah Edy diketuk.
“Maafkan saya sebentar.” Edy terus berjalan menuju ke pintu lalu membukanya.
“Tuan ada benda penting saya nak beritahu tuan.” Kata Pak cik Karim.
Edy membawa Pak cik Karim jauh sedikit dari situ.
“Benda apa yang penting sangat tu pak cik?”
“Profesor John minta tuan hantar fail kajian tentang lavender tu dekat makmal dia.”
“Oh, fail tu… sekejap ya, nanti saya ambilkan, pak cik tolong bagi kat dia.”
“Tak tuan, dia nak tuan sendiri yang bagi kat dia pasal ada benda lain yang nak dibincangkan.”
“Baiklah pak cik, tolong bawa kereta saya ke kedai saya.”
“Baik tuan.”
“Terima kasih pak cik.”
“Sama-sama tuan.”
“Edy, mak cik balik dulu, ada hal sikit dekat rumah.” Tegur Mak cik Amy.
“Mak cik dah nak balik ke?”
“Ya.”
“Nak saya hantarkan ke?”
“Takpelah Edy, bukan jauh pun rumah Noni dari sini.” Mak cik Amy menjawab dan berlalu pergi.
Edy terus bergegas ke bilik persendiriannya lalu mengambil fail itu dan menutup rapat pintu bilik itu lalu berjumpa dengan pak cik Johan dan Noni yang berada di ruang tamu.
“Maaf pak cik, Noni, saya nak minta diri sebentar, ada hal sedikit, setengah jam lagi saya balik sini balik, buatlah macam rumah sendiri.”
Edy terus menaiki vespanya menuju ke kedainya. Setibanya di kedai bunganya, dia terus menaiki kereta pergi ke makmal professor John.
Di rumah Edy, Pak cik Johan dan Noni sedang menonton televisyen sambil menjamah hiding yang telah disediakan oleh Edy.
“Edy mana?” Suara Mak cik Amy yang telah mengejutkan mereka berdua.
“Mak!”
“Awak ni buat saya terkejut je.”
“Edy? Mana Edy?”
“Dia keluar sekejap, ada hal sedikit. Kenapa mak?”
“Saya datang nak tengok apa benda yang ada dekat dalam bilik tu.” Mak cik Amy menunding  jadi ke arah bilik persendirian Edy.
“Kenapa dengan awak ni?  Tiba-tiba datang terus nak tengok bilik tu, kan Edy dah pesan jangan masuk bilik tu.”
“Takde, macam ni ceritanya. Tadi, masa saya beli barang dekat kedai runcit yang dekat dengan kedai bunga Edy, saya nampak Edy naik kereta BMW.”
“Bukan ke mak balik rumah saya tadi?” Celah Noni.
“Memanglah mak balik rumah kamu tapi dekat rumah kamu takde gula, macam mana mak nak buat the? Mak terus pergi ke kedai, ternampak Edy.”
“Mungkin kereta kawan dia.” Kata Pak cik Johan.
“Tapi dia macam bos, driver buka pintu untuk dia.”
“Mungkin Edy ni ada muslihat.”
“Jadi awak setujulah nak ikut saya tengok bilik tu?”
“Saya tak cakap pun saya setuju.”
“Noni setuju.”
Mak cik Amy dengan Noni terus pergi ke bilik persendirian Edy dan membukanya.Tiba-tiba mereka berdua terkejut melihat keadaan dalam bilik itu, Mak cik Amy terus memanggil Pak cik Johan dan Pak cik Johan bergegas pun bergegas ke sana, Pak cik Johan juga terkejut melihatnya lalu bertanya. “Wah! ini bilik ke makmal sains?”
Mereka terus masuk ke dalam bilik itu, Noni melihat gambar Edy bersama Profesor John Steven, Profesor yang mengajar Noni di universiti.. Mereka dikejutkan lagi dengan sijil pengiktirafan Edy sebagai seorang saintis dari London.
“Kenapa Edy tipu Noni?”
“Mungkin Edy ada sebabnya tersendiri.” Pujuk Pak cik Johan.
Edy pulang ke rumah lalu membuka pintu dan dia terkejut tiada orang di ruang tamu dan pintu bilik itu terbuka luas. Dia terus bergegas ke bilik itu lalu berbicara “kenapa anda semua berada di sini? Puas hati mak cik?”
      Mata hitam Noni menjeling tajam ke arah Edy lalu berlari keluar dan terlanggar tangan Edy. Edy mengejar lalu mencapai tangan Noni, Noni meronta tetapi Edy tetap tidak melepaskan tangan Noni.
      “Kenapa Noni lari?”
      “Kenapa Edy tipu Noni? Rupanya Edy seorang saintis, kenapa Edy kata Edy hanya seorang pemilik kedai bunga dan pemilik ladang lavender?”
      “Edy cuma ingin mencari insan yang benar-benar menyintai Edy tanpa menilai dari  segi rupa dan wang ringgit. Ternyata Nonilah insan yang selama ini dapat memberikan kebahagiaan kepada saya.”
      Ternyata Mak Cik Amy terkejut dengan identiti sebenar Edy, seorang insan yang hidup bukan atas nama wang ringgit dan kekayaan tetapi hidup dengan kejujuran.
      “Edy maafkan mak cik. Mak cik terlalu mementingkan wang ringgit hanya disebabkan tak mahu melihat Noni hidup susah.”
      “Tidak mengapa mak cik, saya faham.”
      “Edy maafkan Noni.”
      “Kenapa harus Noni minta maaf dekat Edy, Noni tiada buat salah pun. Sepatutnya Edylah minta maaf Noni kerana selama ini Edy menipu Noni.”
      “Tidak Edy, tidak Edy. Edy betul kerana melakukannya untuk kebaikan.”
      “Bukan… Kerana Cintaku Kepadamu Adalah Cinta Lavender…”