Tuesday, September 27, 2011

PENANTIAN DEMI JANJI SETIA

Tatkala pagi yang ceria melebarkan tirainya…
 Fikiranku masih dibuai mimpi yang indah…
Suatu saat dalam tidurku…
Membawa aku ke alam fantasi…
Satu dunia yang berbeza...
Menemukan aku dengan si dia…
Bidadari yang kesepian tanpa cahaya…
Hadirnya aku sebagai penyelamat…
Menyelamatkan tubuh yang mungkin akan kehilangan nyawa…
Butiran manik jernih mula membasahi pipinya…
Tatkala membicarakan soal cinta…
Aku cuba untuk membawa cahaya ke dalam hidupnya…
Agar si dia akan kembali ceria…

Detik demi detik berlalu pantas…
Seindah kata…
Secantik bahasa..
Membuatkan aku lena melayan cintanya…
Senyumannya…
Tawa riangnya…
Matanya…
Jelingan manjanya…
Menawan kalbuku…
Kebahagiaan yang sukar untuk kuungkapkan dengan kata-kata…
Si dialah bidadari hidupku…
Bidadari yang telah mengajar aku erti kehidupan…
Erti cinta…
Erti kasih sayang…
Erti setia…

Tapi dalam sekelip mata ia hilang…
Ia hilang dari pandangan…
Ia hilang dari sudut fikiran…
Kehilangan yang penuh tanda tanya..,
Pemergiaannya tanpa bicara…
Meninggalkan pelbagai persoalan…
Kenapa ini harus terjadi?
Adakah ini semua salahku?
Atau tutur bicaraku?
Persoalan demi persoalan…
Tanda tanya yang menyeksakan…
Aku terseksa mencari jawapannya…
Kepastian yang aku nantikan…
Terseksa dalam masa…
Menghitung detik berlalu…
Membuatkan aku makin terseksa…
Harapan demi harapan…
Penantian demi penantian…
Adakah penantian ini hanya sia-sia?
Itu yang sentiasa bermain di fikiranku..
Tapi aku sudah berjanji...
Tidak akan meninggalkannya begitu saja…
Kepastian akan menentukan segalanya…
Menanti dan terus menanti…
Kerna ia Penantian Demi Janji Setia…


No comments:

Post a Comment