Saturday, June 23, 2012

HATIKU DI BUMI KENYALANG

Hiruk pikuk Metropolitan…
Bagai peperangan dalam peniagaan…
Peniaga berperang tidak mengira waktu…
Siang yang tiada malam…
Jalan yang tidak pernah lengang dari kenderaan..
Dunia yang serba moden…
Rakyatnya yang makin maju kehadapan…
Hingga lupa asal usul…
Berdiri pada bumi yang nyata…
Metropolitan menjadi pusat manusia…

Aku cuba cari sesuatu yang berbeza…
Aku tinggalkan dunia Metropolitanku…
Hadirlah aku di bumi kenyalang…
Kota yang maju dan terus maju…
Tradisi dan adat budaya…
Tidak pernah pudar dek zaman…
Pelbagai bangsa…
Keharmonian budaya…
Disatukan tanpa mengira agama…

Duniaku ibarat fantasi…
Berlayar aku meredah Batang Rejang…
Suasana yang indah…
Embun pagi yang segar…
Kicauan sang unggas yang permai…
Petikkan Sape yang merdu…
Irama Datun Julud telah membawa aku terbang…
Dalam ketenangan rimba…

Rimba yang bahari…
Hadirlah bidadari kayangan…
Melangkah mengikut irama…
Kelembutannya…
Bagai lalang yang ditiup bayu…
Alunan tangannya…
Bayangan kenyalang di senja hari…

Terpukau pada kelembutan Si Bidadari…
Hidupku bagai di alam fantasi...
Terbang bebas…
Berdua di langit biru…
Bahagianya tidak termadah…
Dialah Bidadariku…

Detik demi detik…
Masa berlalu pantas…
Semuanya hanya tinggal kenangan…
Kembaliku ke asal usulku…
Meninggalkan bidadari hidupku…
Kini duniaku di Metropolitan yang mencabar…

Aku sangat merinduinya…
Merindui jelingan manjanya…
Senyumannya…
Tawa riangnya…
Kelembutanya…
Telah membuatkan lidahku kelu tatkala berbicara…
Sejauh mana kita berpisah…
Tiada sempadan untuk kita bersama…
Kerna Hatiku Di Bumi Kenyalang…


No comments:

Post a Comment